Sunday, March 4, 2012
Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.
Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk
memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Ia mempunyai beberapa kelemahan.
Antara kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas:
1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa.
Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of
Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM)
Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/
2. Susut nilai emas yang tinggi antara 13% ke 25%.
3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah
Chan, Tomei dan PAMP Suisse Lady Fortuna), maka anda tak boleh buka pembalut plastik
tersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut
akan dikira emas terpakai (harga akan dipotong sehingga 25%)
4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanship
cost (upah tukang). Contohnya apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkan
workmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akan
mengurangkan kos workmanship.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment